Header Pengguna

Akaun Bekalan Air

Talian Pusat Khidmat Pelanggan : 09-573 9999anda boleh membuat aduan di link aduan.paip.com.myemailkan aduan anda di
Permohonan

Permohonan Baharu (Individu / Komersial)

  1. Permohonan baharu
    • Borang boleh di dapati di semua kaunter khidmat pelanggan daerah PAIP Berhad
    • Caj RM 1.00 akan dikenakan bagi Akaun Individu
    • Caj RM 5.00 akan dikenakan bagi Akaun Komersial
  2. Melantik tukang paip yang berdaftar dengan SPAN bagi pemasangan paip di premis pemohon (https://www.span.gov.my/article/view/permit-ipa-jenis-a1-a2)
  3. Dokumen yang di perlukan bagi setiap permohonan adalah seperti berikut:
    • Salinan Kad Pengenalan/Sijil Pendaftaran Syarikat
    • Sijil layak menduduki premis
    • Surat kebenaran kemasukan bekalan air dari Pejabat Tanah/Felda/Pihak Berkuasa Tempatan
    • Pelan lantai premis untuk kiraan caj sumbangan modal mengikut saiz premis
    • Salinan S&P dari pihak Bank (Sekiranya tidak mempunyai geran rumah lagi)
  4. Cetak borang permohonan bekalan air :-
  5. Caj yang dikenakan bagi setiap permohonan:-
    • Deposit – Caj akan dikenakan mengikut jenis premis
    • Pemasangan – Caj akan dikenakan mengikut saiz meter
    • Duti Setem – Caj RM 10.00
    • Sumbangan Modal – Caj ini akan dikenakan sekiranya harga premis tersebut RM 70,000.00 dan keatas
  6. PAIP Berhad berhak menolak sebarang permohonan sekiranya tidak mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh syarikat.

Penutupan

Penutupan Akaun

  1. Pelanggan perlu berurusan di kaunter khidmat pelanggan PAIP daerah bagi tujuan penutupan akaun.
  2. Semak tunggakan, sekiranya ada pelanggan perlu menjelaskan baki tunggakan tersebut.
  3. Dokumen yang berkaitan:-
    • Salinan Kad Pengenalan
    • Resit Deposit asal
    • Salinan Buku Bank ATAU Surat Pengesahan Bank mengenai butiran pemegang akaun ATAU Penyata semasa