Header Pengguna

Akaun Bekalan Air

Talian Pusat Khidmat Pelanggan : 09-573 9999anda boleh membuat aduan di link aduan.paip.com.myemailkan aduan anda di
Permohonan

Permohonan Baru (Individu)

  1. Permohonan menggunakan Borang PAIP 01A
    • Borang boleh di dapati di semua kaunter khidmat pelanggan daerah PAIP Berhad
    • Caj RM 1.00 akan dikenakan bagi setiap borang permohonan
  2. Melantik tukang paip yang berdaftar dengan SPAN bagi pemasangan paip di premis pemohon.
  3. Dokumen yang di perlukan bagi setiap permohonan adalah seperti berikut:
    • Salinan Kad Pengenalan/Sijil Pendaftaran Syarikat
    • Sijil layak menduduki premis
    • Surat kebenaran kemasukan bekalan air dari Pejabat Tanah/Ketua Kampung/Pihak Berkuasa Tempatan/Agensi berkaitan
    • Pelan pemasangan Paip dalaman
    • Salinan SMP dari pihak Bank (Sekiranya tidak mempunyai geran rumah lagi)
  4. Caj yang dikenakan bagi setiap permohonan:-
    • Deposit
    • Pemasangan
  5. PAIP Berhad berhak menolak sebarang permohonan sekiranya tidak mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh syarikat.

Penutupan

Penutupan Akaun

  1. Pelanggan perlu berurusan di kaunter khidmat pelanggan PAIP daerah bagi tujuan penutupan akaun.
  2. Semak tunggakan, sekiranya ada pelanggan perlu menjelaskan baki tunggakan tersebut.
  3. Dokumen yang berkaitan:-
    • Salinan Kad Pengenalan
    • Resit Deposit asal
    • Salinan Buku Bank ATAU Surat Pengesahan Bank mengenai butiran pemegang akaun ATAU Penyata semasa