- Sebab – Sebab Pemotongan Bekalan Air
- Pengguna gagal bayar sebelum atau pada tarikh dibilkan iaitu dalam masa 30 hari dari tarikh penyerahan bil.
- Pengguna gagal bayar tunggakan bil air sebelum atau pada tarikh selepas 14 hari notis pemotongan bekalan air dikeluarkan.
- Telah menyalahgunakan air bagi tujuan lain.
- Pemasangan dan pengubahsuaian meter / tetiang meter / saluran paip tanpa kebenaran pihak PAIP.
- Bayaran bil ke akaun lain.
**Kegagalan menjelaskan bil semasa dan tunggakan dalam masa yang ditetapkan boleh menyebabkan bekalan air dipotong serta – merta mengikut seksyen 89 (1) dan (2) Akta Industri Perkhidmatan Bekalan Air 2006 (Akta IPA)
- Penyambungan Semula Bekalan Air
- Datang ke Kaunter Perkhidmatan PAIP Daerah bagi permohonan sambungan semula.
- Bekalan air yang dipotong akan disambung semula bekalan dalam tempoh dua (2) hari bekerja selepas pembayaran dibuat.
- Caj pemotongan / penyambungan semula bekalan air merujuk kepada Bahagian ll (Peraturan 12) Peraturan – Peraturan Industri Perkhidmatan Air Deposit, Fi dan Caj Perkhidmatan Air 2014 & Akta Industri Perkhidmatan Bekalan Air 2006.
Butiran | Kategori | Kadar(RM) |
---|---|---|
1 | Bagi setiap pemotongan atau penyambungan semula bekalan air | |
(a) Bagi meter bersaiz kurang daripada 50 mm | 35.00 | |
(b) Bagi meter bersaiz 50 mm hingga 100 mm | 50.00 | |
(c) Bagi meter bersaiz 101 mm hingga 150 mm | 100.00 | |
(d) Bagi meter bersaiz lebih daripada 150 mm | Kos sebenar bagi pemotongan atau penyambungan semula | |
2 | Notis bagi pemotongan bekalan air | 3.00 |
**Semua bayaran caj pemotongan / penyambungan semula hendaklah dijelaskan bersama jumlah tunggakan di Kaunter Perkhidmatan PAIP Daerah sahaja.