e-Berita Header

Meng

Talian Pusat Khidmat Pelanggan : 09-573 9999anda boleh membuat aduan di link aduan.paip.com.myemailkan aduan anda di

Gangguan Bekalan air 35 jam di sekitar Kuantan

Gambar hiasan

KUANTAN – Beberapa kawasan sekitar daerah Kuantan mengalami gangguan bekalan air selama 35 jam susulan kerja-kerja penyelenggaraan paip Mild Steel yang pecah berhampiran Kiah Kee Ikan Masin di Batu Sembilan, Jalan Gambang di sini sejak semalam.

Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dalam satu kenyataan berkata, penyelenggaraan paip bersaiz 1,300 milimeter Mild Steel sudah bermula 11 pagi semalam dan dijangka siap sepenuhnya kira-kira jam 10 pagi ini.

“Gangguan air akan berlaku di kawasan Jalan Kuantan Bypass termasuk Permatang Badak, Kampung Pandan, Seluruh Perkampungan Sg Isap, Taman Bukit Rangin, Kampung Majlis Perbandaran Kuantan (MPK).

“Jalan Kuantan-Gambang meliputi kawasan Taman Sepakat; Tanah Putih, Kampung Razali Batu tiga, Kampung Kurnia, Kampung Belukar, Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (Kuipsas), Kampung Air Hitam, Sri Damai, Jaya Gading, Taman Guru, Kg Teluk Mahang, Taman Tas, Taman Tas Ria, Kampug Lubuk Puyu dan kawasan sekitarnya,” katanya.

Menurutnya, selain itu, gangguan bekalan air turut melibatkan kawasan di Inderapura, seluruh Perkampungan Indera Sempurna, Kampung Seri Melati, Kampung Batu Putih, Kg Soi, Kampung Kempadang, Kampung Pahang, Tamam Berjaya Permai, Kampung Sepat, Kampung Pak Mahat, Bandar Putra, Tanjung Lumpur, Peramu,Anak Air,Sungai Belat, Air Hitam,Kampung Penor, Penjara Penor, Kampung Semangat, Ubai, Cheruk Paloh serta kawasan berhampiran.

“Ia membabitkan 30,550 pemegang akuan yang terjejas dan sebarang pertanyaan dan aduan boleh menghubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan, di talian 09-573 9999,” katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/107775/EDISI/Pahang/Gangguan-bekalan-air-35-jam-di-sekitar-Kuantan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Cameron Highlands set to enjoy consistent, high-quality water supply

Sungai Ichat
Pahang chief minister Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (right) takes a drink from the Sungai Ichat to prove that the water is cleaner now compared to the previous years, where illegal farming in the area polluted the river. – NSTP/MOHD RAFI MAMAT.

KUANTAN: From this November, the Sungai Ichat water intake point will provide additional raw water to the Kuala Terla water treatment plant, assuring Cameron Highlands residents of a greater supply of consistently-treated water.

Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) chief executive officer Saiful Zaini Mohd Bokhari said the Sungai Ichat water intake point, which is under construction, is expected to be completed within 10 weeks.

He said once completed, it will increase the plant’s treated water capacity by 50 per cent.

“Consumers in Cameron Highlands will benefit… from consistent and safe water supply. The contractor is now in the midst of carrying out the required works at the Sungai Ichat water intake point,” he said in a statement today.

On behalf of Paip, Saiful Zaini thanked the state government for its stern measures in handling the Sungai Ichat pollution issue last year, which was caused by illegal land clearing activities near the water catchment area.

“The move (by the government) resulted in the raw water quality in Sungai Ichat to improve to Class 1 (minimum treatment), making it safe for consumption. Sungai Ichat will soon provide additional raw water to the Kuala Terla treatment plant, which supplies treated water to 70 per cent of Cameron Highlands consumers.

“Lately, the quality of raw water in Cameron Highlands has dropped, and this has affected the processing of treated water, especially during peak hours, and jeopardised future development plans. However, raw water from Sungai Ichat could soon help overcome the issue,” he said.

The Sungai Ichat water intake point began construction only after the river water, which was once categorised as Class 4 (moderate), was rehabilitated to Class 1.

Even Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, during his recent visit to Sungai Ichat, scooped up some water in his hands, which he then drank and washed his face with, to prove that it is now no longer a health threat.

Encroachment, including by illegal farmers, jeopardised river water flow until the state government last year demolished illegal farms in Sungai Ichat to ensure environmental sustainability and to safeguard the people’s interests.

RM30 juta tingkatkan kualiti bekalan air

Water Paip

KUANTAN: Sebanyak RM30 juta diperuntukkan bagi mempertingkat dan mengatasi masalah bekalan air di Raub dan Lipis.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata daripada jumlah itu, Kerajaan Persekutuan menyediakan dana RM18 juta bagi mengatasi masalah kekeruhan air mentah ke Loji Rawatan Air (LRA) di Raub.

Bakinya adalah daripada peruntukan kerajaan negeri bagi mengatasi masalah bekalan air ketika musim panas di Lipis.

Beliau berkata, pengurusan Air Pahang Bhd (PAIP) sedang melaksanakan kerja berkaitan khususnya pembinaan Pre-Sedimentation Tank yang membabitkan LRA Sungai Bilut, Sungai Semantan dan Sungai Klau.

Katanya, matlamat utama adalah untuk mengurangkan kadar kekeruhan tinggi pada sumber air mentah sebelum mengalir di tiga LRA terbabit.

“Ia bagi mencapai kualiti ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan seterusnya dapat membekalkan air bersih terawat kepada penduduk.

“Projek ini dijangka mengambil masa 18 bulan untuk disiapkan, meliputi kerja reka bentuk dan perolehan, disusuli pembinaan.

“Oleh itu, kerajaan negeri akan memastikan projek ini dapat dilaksana dan disiapkan lebih cepat bagi memastikan penduduk Raub yang terkesan dengan masalah ini dapat kembali menikmati bekalan air bersih terawat dalam tempoh lebih awal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengenai projek RM12 juta di Lipis pula, Wan Rosdy berkata, PAIP akan menyegerakan pelaksanaan projek perintis pembinaan Kolam Takungan Hiliran (ORS) untuk memastikan bekalan air mentah mencukupi ketika cuaca panas.

Katanya, menerusi kaedah ORS itu, ia juga dapat mengurangkan kadar kekeruhan tinggi pada sumber air mentah seterusnya dapat menjimatkan kos operasi bagi kerja rawatan air di LRA.

“Projek ini pula dijangka mengambil masa 19 bulan untuk disiapkan, meliputi kerja reka bentuk dan perolehan disusuli pembinaan.

“Kerajaan negeri berharap projek perintis ORS ini akan dapat menjadi antara alternatif bagi menjamin keperluan air mentah mencukupi dan tidak keruh, seterusnya diproses menjadi air bersih terawat yang diperlukan oleh penduduk Pahang,” katanya.

RM30mil to ensure clean, uninterrupted water supply for Lipis and Raub folks

Wan Rosdy
(File pic) Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail said the RM18 million set aside by the Federal Government had allowed Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) to embark on the works. -NSTP/MUHD ASYRAF SAWAL

KUANTAN: Building pre-sedimentation tanks are among initiatives by the state government to tackle the high turbidity in the raw water source flowing into water treatment plants in Raub.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail said the RM18 million set aside by the Federal Government had allowed Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) to embark on the works including building three pre-sedimentation tanks at the water treatment plants in Sungai Bilut, Sungai Semantan and Sungai Klau.

“The aim is to reduce the high turbidity level in raw water before it flows into the three treatment plants. The tanks will now help meet the quality set by the Health Ministry and supply improved treated water to consumers.

“The project is expected to be completed in 18 months, which include designing works. The state government will try to expedite the completion date so those affected in Raub can enjoy cleaner treated water earlier,” he said in a statement today.

Meanwhile, Wan Rosdy said to ensure raw water supply was sufficient during the dry season in Lipis, the state government would kick-off a “Off-River Storage (ORS)” pilot project at a cost of RM12 million this year.

“Besides ensuring water supply was not affected during the dry season, ORS will reduce the turbidity level in raw water and lower the operation cost to treat water at treatment plants.

“We hope the project will serve as an alternative to ensure continuous water supply for the people in Lipis,” he said, adding the project would take about 19 months to complete.

Wan Rosdy was previously reported saying that six areas in Lipis namely Jelai, Kuala Medang, the Tanjung Gahai agropolitan project, Kuala Koyan, Kampung Bertam and the Rumah Makmur housing scheme – will benefit from the storage project.

It is learnt that both the projects in Raub and Lipis were currently in the design stage by PAIP.

PAIP Rancang Dapatkan Bekalan Sumber Air Dari Sungai Ichat

Gambar hiasan – Foto 123RF

KUANTAN – Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) merancang untuk mendapatkan bekalan sumber air dari Sungai Ichat di Cameron Highlands bagi memastikan kuantiti air mentah mencukupi untuk kegunaan di daerah itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip), Saiful Zaini Mohd Bokhari berkata, ini berikutan bekalan air dari Sungai Terla sudah tidak mampu menampung keperluan semasa apabila Loji Rawatan Air (LRA) Kuala Terla hanya mampu membekalkan 68 peratus kegunaan air mentah kepada penduduk di daerah Cameron Highlands.

Sehubungan itu, pihaknya merancang melakukan ‘river diversion’ dengan Sungai Terla pada suku kedua 2020.

Jadi, kita rasakan aliran air mentah dari Sungai Terla kini sudah tidak dapat menampung keperluan semasa dan pembangunan yang mendatang di Cameron Highlands buat masa terdekat ini.

“Justeru, air mentah dari Sungai Ichat amat diperlukan bagi memastikan kuantiti air mentah yang mencukupi dan stabil, sekali gus dapat disalurkan kepada penduduk di daerah itu,” katanya dalam satu kenyataan dipetik dalam laman sosial Facebook rasmi Paip hari ini.

Saiful Zaini berkata, kerja-kerja pembersihan di kawasan Sungai Ichat telah dilakukan dan kualiti air mentah di sungai terbabit semakin pulih.

Jelasnya, justeru pemantauan kualiti air mentah akan dilakukan oleh pihaknya pada setiap minggu secara berkala.

Sementara itu, mengulas isu pengusiran 60 pekebun sayur di kawasan terbabit, Saiful Zaini berkata, Paip menyokong penuh tindakan yang diambil kerajaan Pahang dalam isu penerokaan tanah secara haram di Cameron Highlands.

Katanya, tindakan sedemikian sebenarnya dapat menjamin kelestarian sumber bekalan air sejagat khususnya di Sungai Ichat.

“Sebagaimana umum tahu, sumber air yang bersih, selamat dan mencukupi dapat menjamin kehidupan sempurna dan pembangunan yang mampan kelak,” katanya.